Friday, October 17, 2008

DISKRIPSI TUGAS

DISKRIPSI TUGAS

· Guru Penyelaras
- Bertanggungjawab membuat pembahagian pelajar dalam tingkatan di bawah jaganya. Persetujuan Guru Penolong Kanan / Penyelia Petang perlu diminta terlebih dahulu
- Menerima kemasukan pelajar baru dan membuat penempatan mengikut kelas
- Membantu guru tingkatan membuat pengagihan buku bantuan kerajaan (SPBT)
- Membantu Penolong Kanan (HEM) dan Guru Biasiswa memilih pelajar yang layak untuk diberi bantuan / biasiswa
- Memaklumkan kepada Pengetua, penolong Kanan/ Penyelia Petang tentang jumlah pelajar dalam setiap kelas dari masa ke semasa
- Memastikan surat-surat kelulusan kemasukan pelajar baru disimpan di dalam daftar masuk (ikut tingkatan) dengan kemas dan teratur
- Bekerjasama dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling bagi mendapatkan kad-kad berikut untuk dihantar ke sekolah barujika berlaku pertukaran pelajar



^ Buku kad Kemajuan Pelajar
^ Kad Gerko/Buku Gerko
^ Kad 001M Kad Tenaga Asas
^ Borang Kelulusan Pinjaman SPBT
^ Keterangan kerja kursus ;Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam, Sejarah, Geografi dan Pendidikan Seni

- Sentiasa mengemaskini fail-fail pertukaran pelajar. Fail tersebut mesti disimpan di pejabat. Kerjasama Pembantu Am Rendah perlu diminta.
- Bekerjasama dan guru tingkatan bagi menyiapkan sijil-sijil di peringkat sekolah
- Bekerjasama menyempurnakan analisis peperiksaan bagi menyediakan bilik-bilik peperiksaan
- Berada di sekolah pada hari pendaftaran pelajar baru dan membantu guru tingkatan mengagihkan kemasukan pelajar
- Memastikan guru tingkatan memberi bilangan, nombor pendaftaran dan memasukkan butir-butir pelajar dalam Buku Pendaftaran
- Menyemak fail-fail kemasukan pelajar dan memastikan ia dikemaskini
- Bertanggungjawab menjaga dan menguruskan Buku Pendaftaran Pelajar. Buku ini mesti disimpan di pejabat
- Memastikan pelajar baru ditempatkan di tingkatan-tingkatan mengikut mata pelajaran elektif yang dipilih.
- Menyampaikan laporan tentang pelajar baru kepada Pengetua
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa

· GURU TINGKATAN

- Pengurusan dan Organisasi Kelas
^ Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Tingkatan, Penolong Ketua Tingkatan, Bendahari, AJK Kebersihan dan AJK Keceriaan.

- Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas
^ Jadual Waktu
^Jadual tugas
Perabot kelas
Alat pembersih seperti penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah

- Menentukan kawat elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan selamat
digunakan
- Melaporkan perabot dan peralatan elektirk yang rosak kepada guru yang berkenaan
- Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas
- Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara pelajar. Tabung ini
adalah bagi tujuan yang berikut:
-Keceriaan Kelas
-Kebajikan Pelajar



· Jadual Kedatangan dan Kedatangan Pelajar

- Mengadakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebulan waktu kedua berakhir dan
menyimpan buku daftar kedatangan pelajar di pejabat
- Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam buku daftar kedatangan pelajar
ditulis
- Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas
- Memastikan kelas mempunyai buku kedatangan kedua dan diselenggarakan seperti yang
diarahkan.

· Laporan Pelajaran, Sijil Berhenti, Surat Akuan dan Kad 001

- Memastikan setiap pelajar mempunyai kad kemajuan pelajar
- Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik, kokurikulum dan fizikal dalam
kad kemajuan pelajar kepada ibu bapa
- Mengambil kad 001
- Menyedia dan mengisi
-“Mark Sheet” bagi setiap peperiksaan
-Kad 001
-Sijil berhenti dan Surat Akuan bagi pelajar yang meneruskan persekolahan lulus.


· Masalah Pembelajaran, Kesihatan Diri dan Disiplin

- Memberi galakan, motivasi dan merangsangkan minat pelajar terhadap akademik
- Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik dan memberi hadiah
- Sentiasa prihatin terhadap semua masalah pelajar
- Melaporkan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling jika terdapat kemerosotan pelajaran di
kalangan pelajar
- Melaporkan kepada Guru Kesihatan jika terdapat pelajar yang menghadapi masalah kesihatan
- Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat pelajar yang melanggar disiplin sekolah
- Melaporkan kes ponteng mengikut prosedur yang berikut;
- Mendapatkan dan mengisi dalam dua salinan borang “melanggar peraturan sekolah” yang
dapat diperolehi dari Penyelaras Tingkatan

Menghantar satu salinan borang tersebut kepada ibu bapa

· Buku Teks, Biasiswa dan Bantuan

- Memastikan skim pinjaman buku teks diagih kepada yang layak dan memastikan buku-buku
tersebut dibalut dan ditulis nama pelajar
- Mengemaskini fail SPBT
- Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama pelajar yang
gagal memulangkan buku teks.
- Mengenalpasti pelajar yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain


· Kutipan Yuran dan Derma

- Mengutip yuran sekolah pada awal tahun dan menggalakkan pelajar membayar
kesemua yuran
- Mengutip derma PIBG
- Mengutip wang peperiksaan bagi kelas-kelas peperiksaan
- Mengeluarkan resit kepada pelajar yang membuat pembayaran
- Menyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada Bendahari PIBG


· Pendaftaran Pelajar Baru

- Menerima kemasukan pelajar baru dari Penyelaras tingkatan
- Mendaftarkan pelajar baru dari buku kemasukan pelajar daripada Penolong Kanan HEM
- Menentukan penerimaan borang SPBT (sekiranya layak)
- Menyemak jika pelajar ini menerima kad kemajuan pelajar dan kad 001 dari sekolah terdahulu
- Menentukan rumah sukan
- Mengambil butir-butir diri pelajar


· Murid Keluar

- Menentukan borang SPBT, kad kemajuan pelajar dank ad 001 dihantar ke pejabat
- Menentukan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi Tingkata 3
- Menentukan kelulusan untuk bertukar telah diterima
- Menentukan buku teks telah dipulangkan
- Menentukan penerimaan biasiswa dilaporkan kepada pejabat

· Pendaftaran Sukan

- Menentukan setiap pelajar mempunyai rumah sukan
- Memastikan setiap pelajar menyertai aktiviti kokurikulum dan menyerahkan senarai nama
mereka mengikut persatuan, kelab dan badan beruniform
- Menggalakkan pelajar bergiat cergas dalam sukan dan juga aktiviti kokurikulum

· Guru Kaunselor dan Guru Disiplin

- Menjalankan tugas sebagai seorang guru kaunselor
- Menjalankan tugas sebagai seorang guru disiplin

PENGURUSAN KELAS RANCANGAN KHAS PERINGKAT SEKOLAH


· Merealisasikan visi dan misi Kelas Rancangan Khas

· Melaksanakan semua arahan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah

· Merancang dan melaksanakan pembangunan rohani dan sahsiah murid KRK

· Meningkatkan dan memastikan kecemerlangan dan ketrampilan murid KRK

· Menguruskan kebajikan murid KRK

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

· Calon mestilah warganegara Malaysia
· Mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah di sekolah kebangsaan atau kerajaan negeri yang berdaftar
· Mendapat sekurang-kurangnya 3A , 2B dalam peperiksaan UPSR
· Cemerlang dalam kokurikulum serta mempunyai bakat kepimpinan dan sahsiah yang baik
· Keutamaan diberikan kepada murid-murid luar Bandar


PROSEDUR KERJA PEMILIHAN PELAJAR KE KELAS KRK
PERINGKAT SEKOLAH

1. Kertas Kerja penubuhan kelas rancangan khas, keperluan dan kepentingannya oleh guru penyelaras

· Golongan sasaran
· Sumber tenaga pengajar sejajar sasaran
· Kos penubuhan / sumber kos
· Jangkamasa
· Objektif
· AJK Cadangan
· Pelaksanaan dan penilaian

2. Mesyuarat bersama pentadbir sekolah oleh Guru Penyelaras

· Penerangan secara ringkas
· Kertas kerja keperluan kelas rancangan kahs dan kepentingannya
Sekiranya kertas diluluskan di peringkat sekolah, kertas kerja akan dibawa ke PPD untuk dimesyuaratkan, diluluskan dan kebenaran dari semua sudut kertas kerja untuk membolehkan kelas ditubuhkan

VISI DAN MISI


VISI DAN MISI SEKOLAH


VISI

Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai menjadi sekolah cemerlang pada tahun 2010


MISI

Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai memperkembangkan potensi pelajar dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan tinggi nilai akhlaknya.






VISI DAN MISI PENUBUHAN KELAS RANCANGAN KHAS


VISI


Kelas Rancangan Khas berhasrat menyediakan standard pembelajaran yang tinggi demi melahirkan murid yang berketrampilan cemerlang.



MISI

Kelas Rancangan Khas berusaha untuk membentu murid supaya boleh menyerlahkan potensi sebenar dari segi komitmen agar boleh bersaing dalam dunia global, dengan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif berteraskan penambahbaikan berterusan.

LATAR BELAKANG PENUBUHAN KRK

Kelas Rancangan Khas (KRK) telah dimulakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai pada tahun 2002. Dengan kepercayaan yang diberikan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru sebuah kelas dengan jumlah pelajar seramai 26 orang yang mendapat keputusan cemerlang di peringkat peperiksaan UPSR telah mendaftar di sekolah ini.

Pelajar-pelajar ini merupakan pelajar yang layak untuk ditempatkan di KRK dengan keputusan peperiksaan mereka sama ada 3A , 4A , 5A ,6A atau 7A dan tidak mendapat tempat di Sekolah-sekolah Berasrama Penuh.

Pelajar-pelajar Kelas Rancangan Khas yang pertama telah menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah pada tahun 2004 dengan keputusan iaitu seramai 9 orang pelajar mendapat keputusan A bagi semua mata pelajaran.

Manakala pada tahun 2005, para pelajar Kelas Rancangan Khas telah menunjukkan peningkatan prestasi akademik apabila daripada 76 orang pelajar KRK, 19 pelajar mendapat keputusan A bagi semua mata pelajaran dan 9 orang pelajar mendapat 7A 1B atau 6A 1B.

Pertambahan bilangan pelajar bagi pelajar KRK semakin meningkat dengan pada tahun 2002 hanya sebuah kelas sahaja dibuka untuk pelajar KRK. Walau bagaimanapun, pada tahun 2003 sebanyak 2 buah kelas KRK dibuka dan semakin meningkat menjadi 3 buah kelas pada tahun 2004 , 5 buah kelas pada tahun 2005 dan pada tahun 2006, sebanyak 5 buah kelas KRK di SMK Skudai.

Keyakinan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka dan kesungguhan para guru untuk menyumbangkan ilmu telah menjadikan SMK Skudai salah sebuah sekolah yang menjadi pilihan di Skudai.


KATA-KATA ALUAN PENGETUA SMK SKUDAI

Assalamualaikum w.b.t. dan selamat sejahtera

Bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menyampaikan sepatah dua kata di dalam Buku Panduan Kelas Rancangan Khas, Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai.

Kewujudan Kelas Rancangan Khas di sesebuah sekolah merupakan pemangkin bagi pihak pentadbiran, guru-guru dan para pelajar amnya untuk meningkatkan prestasi, usaha dan keupayaan sesebuah sekolah dalam melahirkan generasi yang produktif dan bernilai tinggi.

Usaha yang dijalankan oleh pihak Kementerian Pelajaran dengan mengadakan Kelas Rancangan Khas di sekolah-sekolah harian merupakan langkah yang baik dalam memartabatkan sekolah-sekolah harian dalam usaha untuk menampung jumlah pelajar yang cemerlang dan tidak mendapat tempat di sekolah-sekolah berasrama penuh.

Walau bagaimanapun, peranan guru sebagai pendidik dan pembimbing di sekolah perlu terus ditingkatkan. Guru bukan sahaja sebagai pendidik tetapi juga memainkan peranan penting sebagai ibu dan bapa ketika pelajar berada di sekolah.

Bagi pihak pentadbiran sekolah, usaha perlu digembleng untuk memastikan bahawa anak didik kita yang telah terpilih masuk ke Kelas Rancangan Khas dapat berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan utama nanti.

Harapan saya agar Kelas Rancangan Khas ini dapat memartabatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai sebagai salah sebuah sekolah cemerlang di daerah Johor Bahru dengan melahirkan anak didik yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah diri.

Sekian. Selamat Maju Jaya.

Saya yang menjalankan tugas,

(HAJAH NORIZAH BINTI ABDUL MANAP)